Sunday, 28 July 2013

ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum guys! Alhamdulillah nysa dh kembali ke rumah nysa setelah mengikuti kem 3r. Pengalaman mengikuti kem ni best sangat2 dan nysa harap dapat join lagi. Dah lame nysa tak update, rindu gila wa sama lu beb? HAHAHA.........Brrrbb????? budak terencat ke *just kidding.....tapy mmg nysa rindu gila dekat blog ni bukannya nysa yg gila ye, jgn salah faham. Sekarang dh merupakan 10 malam terakhir bagi bulan ramadan buatlah solat tarawih tu jgnmain mercun je k ;) k lh ni saja entry untuk hari ni luv u all







Thursday, 25 July 2013

SINOPSIS NOVEL KALA MIMP BERSATU

Sinopsis Novel Kala Mimpi Bersatu
KELAHIRAN Asha tidak dinantikan kerana dianggap membawa sial. Perniagaan keluarga yang sebelum ini sukses, akhirnya merudum. Kecewa dengan kenyataan itu, Asha sering bertindak di luar batasan. Bukan niatnya untuk menconteng arang, dia cuma mengharapkan sedikit perhatian.

Kehadiran Zaiffudin membawa seribu makna dalam hidupnya. Bukan saja terhutang nyawa dan budi, bahkan lelaki itu telah memberi nafas baru dalam denyutan nadinya. Kerana lelaki itu juga, dia bangkit membina kecemerlangan diri. Tanpa sedar, perasaan aneh itu kian bercambah dengan sendirinya.

Kepulangannya dari London membawa sejuta impian. Impian yang tergantung selama ini harus disandarkan. Apatah lagi nur Islam telah menyinari jiwanya. Kini, nama Asha sudah tiada. Yang ada adalah sebuah nama yang cukup indah... Aisyah.

Detik yang berlalu menjadikan Aisyah seorang pencinta yang setia. Namun, siapa sangka saat bahagia berlegar di depan mata, akhirnya musnah dalam sekelipan saja. Bakal ibu mertua yang diharap dapat menyirami hatinya yang ketandusan kasih sayang rupa-rupanya meracun diri. Mampukah Aisyah bertahan sedangkan dia tahu syurga suami terletak di bawah telapak ibunya?

Wednesday, 24 July 2013

SINOPSIS NOVEL KASIH PUN BERSATU

Sinopsis Novel Kasih Pun Bersatu
Lanjutan....dan Mimpi Pun Bersatu menyingkap kisa Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul,membawa diri ke Princeton,menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.
Saat kasih semakin mekar,Zarul muncul menuntut janji,merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan,muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan,muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.
Antara dendam dan cemburu yang semakin membara,Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang,seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.
Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya,tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu...........

Monday, 22 July 2013

SINOPSIS NOVEL JAUH KAU PERGI

Sinopsis Novel Jauh Kau Pergi
Aku tidak pernah memilih dai sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya,dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.
Namun,sesuatu berlaku menyababkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi,dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang,bukan?
RIF~Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia......aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia,aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia.....aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?
AFI~Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi,namun aku tetap setia menanti...

Friday, 19 July 2013

SINOPSIS NOVEL BILA BLOGGER JADI MAID

Sinopsis Novel Bila Blogger Jadi Maid
Boleh ke si blogger jadi maid?Bagi Risya,sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu,sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid,tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya,bila dia jumpa mamat poyo, Ash.
Ash yang sering mengusik,membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie,kekasih hatinya tidak hadirnsemasa majlis pernikahan mereka.
"Jadi awak nak saya buat apa?"
"Awak kahwinlah dengan saya."
Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa,mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya,Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.
Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata,ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa,hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie,kembali menagih cinta Ash.
Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan? Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash? Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai? Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati? Atau,antara mereka akan ada yang berpaling tadah? Bila blogger mampu jadi maid,adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

Monday, 15 July 2013

FEELINGS

Hi guys! hari ni mcam2 yg terjadi..............hmmmmmm,nysa tak tahu nk ckp mcm mne lgy nysa tgh bad mood skrg nie...tpy nysa tak sabar nk menantikan kemunculan hari esok,harap2 nysa diberikan peluang untuk bernafas lagi.K guys tidur dgn lena tpy jgn sapai ganggu kawan anda dgn dengkuran dan igauan anda..HAHAHAHAHAHHAHAA....#justkidding #Loveyouall       SALAM RINDU DARIPADA: Khairunnisa Mohd Amin

Sunday, 14 July 2013

HAPPY DAY ^_^

Salam guys!Dah bape hri ni nysa tak update....Sorry,sebab nysa tk sempat bukak......pade hri sabtu dan ahad ni nysa pegi motivasi REMAJA RAIKAN RAMADAN.......best sesangat dpt jumpa ngan abg2 and kakak2 fasi yg sporting and baik belaka....miss them so much :) Ok nysa got to go nite guys one kiss for 
hawa only ...muahhhhhhhh.
SALAM DARIPADA: Khairunnisa Mohd Amin 

Wednesday, 10 July 2013

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK

Alhamdulillah puasa dh nk masuk hari kedua moga trus bertenaga. Harap2 kite dpt bertahan sehingga habis ramadan...sempena ramadan al mubarak ini banyakkanlah beribadah pada ALLAH, INSYAALLAH kite dpt menempuh dugaan yg mendatang salam penuh tulus dan ikhlas
DARIPADA: Khairunnisa Mohd Amin ^_^