Monday, 22 July 2013

SINOPSIS NOVEL JAUH KAU PERGI

Sinopsis Novel Jauh Kau Pergi
Aku tidak pernah memilih dai sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih daripada yang sepatutnya. Sesungguhnya,dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat.
Namun,sesuatu berlaku menyababkan haluan kami bertemu. Tiba-tiba aku memilih dia. Aku mula mengait benang rindu buatnya. Aku kasihkan dia lebih daripada segalanya. Tetapi,dia ternyata bukan untukku. Aku bukan pilihan dia! Menyerah kepada takdir bukannya bererti menyerah kalah kerana manusia ditakdirkan untuk menang,bukan?
RIF~Muliakah hubungan yang dipenuhi pendustaan? Sucikah cinta yang tercemar keraguan? Untuk dia......aku sanggup hadapi semuanya. Kerana dia,aku rela mempertaruhkan nyawa. Hanya untuk dia.....aku redha. Ada apa dengan dia yang menjadikan semuanya serba tidak kena?
AFI~Aku tidak mampu bersaing dengan masa silam untuk terus melangkah ke hadapan. Betapa Jauh Kau Pergi,namun aku tetap setia menanti...

No comments:

Post a Comment